Testo Setahun Sekali - 3P
Testo della canzone Setahun Sekali (3P), tratta dall'album Setahun Sekali
Raya dulu-dulu
Walaupun tanpa wang
Baju cuma sepasang
Gurau senda tawa bersama
Nikmat paling berharga
Ingin jumpa
Tidak bersungguh
Hingga kita lupa
Masa tak bertangguh
Penghujung kan tiba
Jangan nanti kesal
Tiada gunanya
Satu per satu
Kian kurang kian hilang
Makin kosong tanpa bayang
Detik berlalu takkan berulang
Hanya cerita yang dikenang selama-lamanya
Juadah di meja tidak terjamah
Mata menatap skrin tak sudah-sudah
Hingga terlupa wajah tersayang
Sanak saudara
Suara bingit kota takkan mampu hilangkan sunyi dalam dada
Padamkanlah semua, ego dan dendam, bersatu kasih semula
Katakanlah rasa, rindu seikhlasnya, sebelum nanti menjadi suara sepi
Pulanglah selagi ada, insan yang menanti
Suatu hari takkan sama
Janji temu bukan jaminan
Hargailah ayah bonda
Sementara semua masih ada
Setahun sekali, raya datang lagi
Sembang-sembang depan TV
Gebang bersama famili
Setahun sekali, raya datang lagi
Raikan dengan senyuman yang berseri
(Dengan) masa yang ada
(Dengar) suara ayah bonda
Segala hanya pinjaman sementara
(Dengan) masa yang ada
(Dengar) takbir yang bergema
Nyalakan pelita bersinar cahaya
Suatu hari takkan sama
Janji temu bukan jaminan
Hargailah ayah bonda
Sementara semua masih ada
Setahun sekali, raya datang lagi
Sembang-sembang depan TV
Gebang bersama famili
Setahun sekali, raya datang lagi
Raikan dengan senyuman yang berseri
Setahun sekali, raya datang lagi
Sembang-sembang depan TV
Gebang bersama famili
Setahun sekali, raya datang lagi
Raikan dengan senyuman yang berseri
Masa yang ada
Suara ayah bonda
Segala hanya pinjaman sementara
Masa yang ada
Takbir yang bergema
Nyalakan pelita bersinar cahaya
Setahun sekali
Jangan sia-sia
Setahun sekali
Jangan sia-sia
Kini dan nanti tidak serupa
Kerana yang menunggu di laman itu
Mungkin suatu masa tinggal kenangan
Credits
Writer(s): Hidayah Azhar
Lyrics powered by www.musixmatch.com
Link
Disclaimer:
i testi sono forniti da Musixmatch.
Per richieste di variazioni o rimozioni è possibile contattare
direttamente Musixmatch nel caso tu sia
un artista o
un publisher.